NADI– ESUKAN: 2D Animation II
24 Mei 2026 | Aktiviti Terkini23 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas kesedaran: NADI – ESUKAN: 2D Animation II. Seramai 2 orang peserta telah mengikuti webinar atas talian ini. Kelas ini telah dikendalikan oleh Faizal Hakimmy yang berpengalaman dalam bidang animasi dan kandungan kreatif digital.
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan lanjutan berkaitan animasi 2D kepada para peserta, khususnya dalam memahami teknik asas dan kemahiran penting yang digunakan dalam penghasilan animasi berkualiti. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada teknik pergerakan watak, penggunaan timing dan spacing yang betul, aliran animasi yang lebih teratur serta proses penambahbaikan visual untuk menghasilkan kandungan animasi yang lebih menarik, kreatif dan profesional. Webinar ini juga membantu peserta memahami proses pembangunan animasi secara lebih mendalam serta meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan kandungan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: